Isnin, 17 Ogos 2009

Adap menziarahi jenazah

Sebagai seorang individu yang bermasyarakat kita digalakkan untuk pergi menziarahi jenazah jika berlaku kematian. Namun begitu kita mestilah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa menziarahi si mati. Antara adap yang perlu kita ikut semasa menziarahi jenazah ialah:
  1. Berdoa supaya jenazah diberikan keampunan oleh Allah SWT.
  2. Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.
  3. Melahirkan perasaan dukacita kepada waris yang ditinggalkan.
  4. Menyuruh mereka bersabar kerana semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya.
  5. Memberikan kata perangsang yang dapat meringankan kesedihan para waris.
  6. Bacalah ayat2 suci Al-Quran dan doakanlah yang baik2 untuk si mati. "Jika kamu mnjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal, hendaklah kamu mengucapkan kata2 yang baik kerana para malaikat akan turut mengaminkan apa yang kamu ucapkan itu", Muslim dan Ahmad.
  7. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian dalam meringankan kesedihan mereka.
  8. Menunaikan solat jenazah bersama-sama.

Perkara-perkara yang amat dilarang ketika menziarahi jenazah ialah:
  1. Menyesali kematian seperti meratap dan meraung. Mesti diberi perhatian di sini bahawa kita dilarang sama sekali meratap-ratap dan meraung sekuat hati kerana perbuatan ini akan menyiksa diri mayat dalam kubur berdasarkan hadis mayat akan diseksa dalam kubur kerana dia diratapi.
  2. Meminta benda atau perkara yang sukar untuk ditunaikan oleh waris si mati. Dalam situasi seperti ini kita mestilah seboleh mungkin meringankan kesedihan yang ditanggung waris.
  3. Merungut-rungut seperti tidak redha dengan apa yang telah Allah tetapkan dan takdirkan.
  4. Jangan sekali-kali mengeluarkan cerita-cerita yang boleh mengaibkan si mati kerana ini akan menyinggung perasaan si waris.

Hikmah menziarahi jenazah:
  1. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
  2. Dapat menunaikan hak seorang muslim terhadap seorang muslim terhadap muslim yang lain.
  3. Membantu keluarga si mati mengurangkan kesedihan dan tekanan emosi atas kehilangan orang yang mereka kasihi dengan memberikan kata2 semangat dan perangsang untuk meneruskan kehidupan.
  4. Menimbulkan keinsafan dalam diri bahawa setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui ajal apabila tiba masanya. Itulah ketentuan yakni qada' Allah SWT.

Tiada ulasan: