Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Muncul Kembali

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". Surah Al-Baqarah, Ayat 183.

Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk merasai sekali lagi kenikmatan dan keseronokan beribadah di bulan yang amat suci ini yakni bulan Ramadhan.


Dikesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang mengenali daku dan kepada semua pembaca yang melawat blog aku nie. Perbanyakkanlah amalan baik pada bulan ini, ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Semoga semua ibadah yang kita lakukan itu ikhlas dan diterima oleh Allah SWT. Amin

Isnin, 17 Ogos 2009

Adap menziarahi jenazah

Sebagai seorang individu yang bermasyarakat kita digalakkan untuk pergi menziarahi jenazah jika berlaku kematian. Namun begitu kita mestilah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa menziarahi si mati. Antara adap yang perlu kita ikut semasa menziarahi jenazah ialah:
  1. Berdoa supaya jenazah diberikan keampunan oleh Allah SWT.
  2. Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.
  3. Melahirkan perasaan dukacita kepada waris yang ditinggalkan.
  4. Menyuruh mereka bersabar kerana semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya.
  5. Memberikan kata perangsang yang dapat meringankan kesedihan para waris.
  6. Bacalah ayat2 suci Al-Quran dan doakanlah yang baik2 untuk si mati. "Jika kamu mnjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal, hendaklah kamu mengucapkan kata2 yang baik kerana para malaikat akan turut mengaminkan apa yang kamu ucapkan itu", Muslim dan Ahmad.
  7. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian dalam meringankan kesedihan mereka.
  8. Menunaikan solat jenazah bersama-sama.

Perkara-perkara yang amat dilarang ketika menziarahi jenazah ialah:
  1. Menyesali kematian seperti meratap dan meraung. Mesti diberi perhatian di sini bahawa kita dilarang sama sekali meratap-ratap dan meraung sekuat hati kerana perbuatan ini akan menyiksa diri mayat dalam kubur berdasarkan hadis mayat akan diseksa dalam kubur kerana dia diratapi.
  2. Meminta benda atau perkara yang sukar untuk ditunaikan oleh waris si mati. Dalam situasi seperti ini kita mestilah seboleh mungkin meringankan kesedihan yang ditanggung waris.
  3. Merungut-rungut seperti tidak redha dengan apa yang telah Allah tetapkan dan takdirkan.
  4. Jangan sekali-kali mengeluarkan cerita-cerita yang boleh mengaibkan si mati kerana ini akan menyinggung perasaan si waris.

Hikmah menziarahi jenazah:
  1. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
  2. Dapat menunaikan hak seorang muslim terhadap seorang muslim terhadap muslim yang lain.
  3. Membantu keluarga si mati mengurangkan kesedihan dan tekanan emosi atas kehilangan orang yang mereka kasihi dengan memberikan kata2 semangat dan perangsang untuk meneruskan kehidupan.
  4. Menimbulkan keinsafan dalam diri bahawa setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui ajal apabila tiba masanya. Itulah ketentuan yakni qada' Allah SWT.

Khamis, 13 Ogos 2009

Hikmah mengingati mati

Terdapat banyak hikmah yang kita perolehi dalam mengingati tentang kematian, antaranya ialah:
  1. Menimbulkan rasa taqwa yang mendalam dalam diri untuk menjunjung perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
  2. Memberi motivasi pada diri untuk berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan harta kebajikan. Contohnya kita dapat menggunakan harta yang kita ada untuk menyumbang kepada pembinaan masjid. Pahalanya akan sentiasa berpanjangan walaupun setelah kita mati.
  3. Memberi semangat pada diri untuk menuntut ilmu berfaedah sebanyak mungkin dan mengamalkan dengan sebaik mungkin serta menyampaikan kepada orang ramai. Selagi ilmu yang baik itu diamalkan oleh sesiapa yang kita ajar kita akan mendapat pahala. INSYAALAH.
  4. Timbul rasa kasih sayang sesama insan, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak dikenang orang sebagai kebaikan.
  5. Melahirkan rasa tanggungjawab untuk membimbing diri dan keluarga supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Selasa, 11 Ogos 2009

Hukum mengingati mati

Sunat bagi setiap umat Islam mengingati tentang kematian. Sama ada dengan cara termenung menggambarkan saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati adalah berbeza dengan bercita-cita untuk mati. Seseorang yang bercita-cita untuk mati disebabkan kesusahan hidup, ditinggalkan pasangan, tidak sabar dengan apa jua penderitaan yang ditanggung dan sifat putus asa adalah bukan sifat seorang muslim. Perkara ini amat ditegah oleh syarak yakni haram.

Namun begitu memohon untuk dipendekkan umur dengaan kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarkannya adalah diharuskan.

Antara doa yang bermaksud:
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan ini memberi kebaikan kepada aku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu memberi kebaikan kepada aku."

Ahad, 9 Ogos 2009

Reaksi dalam menghadapi kematian

Apakah reaksi anda apabila ditanya, "Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi alam kematian?". Kita mungkin akan melihat dua suasana yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain, iaitu:
  1. Ada yang ngeri dan takut mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya. Terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu.
  2. Manakala satu pihak lagi, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan kepadanya.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kematian

Mati ialah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia. Malah ia merupakan satu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap apa yang dinamakan makhluk, maka tidak akan terlepas daripadanya dari menghadapi kematian.

Maksud Firman Allah SWT:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat." [Surah Ali Imran ayat 185]

Kematian akan mengejar kita walau dimana sahaja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah SWT:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepatkan walau sesaat pun." [Surah Al-A'raf ayat 34]

"Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau khayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari dimana saja roh berada." [Surah An-Nahl ayat 61]

"Di mana sahaja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." [Surah An- Nisaa' ayat 78]

Tujuan aku menulis artikel ini bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar untuk memperingati diri sendiri dan sesiapa yang sudi menghayatinya bersama-sama. Tiada satu apa pun yang akan kekal selamanya di muka bumi ini. Setiap yang baharu itu akan berubah-ubah bentuk fizikalnya, dari kecil menjadi dewasa, dari muda menjadi tua, dari kuat menjadi lemah dan banyak lagi perubahan yang akan berlaku dalam diri, serta akhirnya akan kembali kepada yang Maha Pencipta. Menempuh alam akhirat yang kekal untuk selama-lamanya. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi ajal sendiri???? RENUNGKANLAH bersama-sama.

Selasa, 4 Ogos 2009

Lagi petua awet muda

Banyak sumber alam semulajadi yang boleh dijadikan amalan dalam pemakanan untuk kelihatan sentiasa muda. Selain mengamalkan apa yang aku tulis sebelum ini, tahukah anda bahawa:-
  1. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit iaitu mencegah@menentang penuaan. Bagi penjelasan lanjut sila rujuk artikel aku bertajuk, 'Emmmm..... Sedapnya buah!!!!!'.
  2. Megamalkan minum isi kunyit yang telah diparut dan dicampur air.Sila rujuk artikel 'Khasiat Kunyit' untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Selamat mencuba dan berdoa supaya apa yang kita makan itu memperolehi keberkatan dan mendatangkan kebaikan.