Jumaat, 26 Jun 2009

Setelah berehat panjang

Lama dah aku tak meng'update' blog aku ni. Niat di hati tu memang ada tapi takde masa. Maklum la anak dah bertambah lagi sorang. Setelah dikurniakan dengan 2 orang putera, aku dianugerahkan pula seorang puteri pada tanggal 18November2008 yang lalu.Nie aku upload gambar putera2 ku dan puteriku yang tersayang.


Gambar kat atas nie adik aku ambik masa hari raya tahun 2008 di rumah mak aku kat Teluk Intan, Perak. Masa nie aku sedang mengandung anak aku yang ketiga.Usia kandungan aku pada masa tu tujuh bulan setengah.Anak sulung ku namanya Muhammad Farhan, adiknya Muhammad Fauzan.Gambar kanak2 perempuan yang comel tu anak saudara aku,Nur Aisyah dan Nur Aliyyah.



Nie pulak gambar anak aku yang nombor 3. Kami emak dan ayahnya sepakat memberikan nama Nur Farisha Syazwani kepada puteri kami nie.Gambar nie diambil lebih kurang 12 jam selepas Farisha dilahirkan.Farisha dilahirkan pada 18November2008,pukul 1.50 pagi di Hospital Sultan Ismail.Alhamdulillah kedua-dua kami anak beranak selamat, walaupun agak susah juga aku nak melahirkannya. Apa yang paling menggembirakan aku saat melahirkan puteri ku ini suami aku ada bersama-sama memberi semangat kat sebelah.Memang berbeza perasaan saat melahirkan tanpa suami disisi dan sebaliknya. Aku dapat merasai perbezaan itu kerana semasa melahirkan kedua-dua putera ku, ayah mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin. Oleh yang demikian nasihat aku kepada bapa2 dan bakal2 bapa yang ada dimuka bumi ini temanilah isteri anda pada saat dia melahirkan (sekira tiada aral dan kekangan). Sesungguhnya percayalah bahawa kehadiran suami disisi saat itu amat berharga dan amat diharapkan oleh sang isteri.Nanti banyak lagi gambar anak2 yang akan aku 'upload' kat dalam blog nie.

"ANAK ADALAH AMANAH ALLAH, JAGALAH AMANAH ITU SEBAIK-BAIKNYA"

Tiada ulasan: