Sabtu, 27 Jun 2009

Berkat pada makanan

Tahukah anda semua bahawa setiap rezeki yang Allah beri ada keberkatan dan kebaikannya? Tapi kita tidak tahu bahagian mana yang mengandungi berkat itu. Oleh yang demikian setiap kali kita menjamah makanan, jangan bazirkan walau sedikit pun.Makanlah sehingga habis.

Bak kata Ustaz Hassan Din dalam siri Tanyalah Ustaz yang ditayangkan secara langsung di TV9, walaupun rezeki yang kita makan itu terjatuh ke lantai, maka ambillah kembali makanan itu. Bersihkanlah dimana yang telah terkena kotoran.Setelah itu jamahlah kembali makanan tadi.

Ini kerana kemungkinan besar makanan yang terjatuh itu ditolak oleh musuh manusia iaitu syaitan dan iblis untuk menghalang manusia mendapat keberkatan daripada makanan tersebut.

"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA"

[Tanyalah Ustaz/ setiap Jumaat-Ahad/ 7pagi-8pagi /siaran langsung]

Tiada ulasan: