Sabtu, 4 Julai 2009

Benarkah rakyat Malaysia PRIHATIN??

Aku sekadar ingin berkongsi cerita kat sini.Semalam, aku sekeluarga pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan harian. Setelah hampir 30 minit memilih barang yang dikehendaki kami pun menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Semasa 'cashier' bertugas sedang men'scan' barangan yang perlu dibayar anak ku yang bongsu menangis, jadi aku kata pada 'my hubby', "Abang, Ayang tunggu kat tempat makan kat luar, anak nak susu ni". Suamiku kata, "Ok". Maka aku pun membawa ketiga-tiga anakku keluar. Semasa sedang menyusui anak aku tiba2 aku ternampak seorang kanak2 lelaki dalam lingkungan usi 2 tahun berlari sambil menangis dan menjerit, "Mama, ,mama", berulangkali.

Secara spontan aku bertanya kepada 'guard' yang kebetulan ada disitu, "Anak siapa tu?". 'Guard' itu hanya mengangkatkan bahunya sambil berkata, "Tak tahu". Kemudian aku bertanya lagi kepada beberapa orang yang lalu lalang di situ. Namun jawapan yang aku terima amat mengecewakan dan tiada seorang pun yang mengambil tindakan utuk pergi dan bertanya kepada kanak2 itu. Dalam masa aku bertanya itu dengan anak yang masih disusukan kanak2 itu telah berlari masuk ke dalam pasaraya.

Aku pun spontan pergi berlari dengan ketiga-tiga anak mendekati kanak2 tersebut lalu bertanya, "Mama adik mana?". Hanya tangisan yang aku terima sebagai jawapan. Aku pun membawa semula kanak2 itu kepada 'guard' yang aku jumpa pada mulanya tadi. Mukanya agak masam apabila aku mengajukan soalan, "Budak ni dah kehilangan Mama dia, takkan nak biarkan. Tak boleh buat 'announcement' ke kata ada kanak2 hilang?". Sebaik sahaja kanak2 itu bertukar tangan kepada 'guard' tersebut muncul seorang wanita yang sedang mencari anaknya.

PERSOALAN
  1. Dimanakah letaknya sifat keibubapaan kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak2? Cuba anda bayangkan sekiranya anak sendiri yang hilang, walaupun sekelip mata. APA PERASAAN ANDA?
  2. Dimanakah hilangnya sifat keprihatinan kita yang selalu diuar-uarkan di dalam media massa? Walaupun situasi yang aku ceritakan ni tak berapa gah untuk dibesar-besarkan, tapi cuba anda bayangkan sekiranya kanak2 ini gagal ditemui. Pada saat itu mungkin kita yang melihat situasi tersebut akan berkata,"Kalaulah aku bantu dia tadi, tentu tak jadi macam nie". Masa itu nasi sudah menjadi bubur.
MORALNYA
  1. Semangat bantu-membantu perlu disuburkan kembali di dalam jiwa dan diri masing-masing.
  2. Jauhkan diri dari sifat mementingkan diri sendiri.
  3. Jangan mengharapkan orang lain yang akan memberikan pertolongan sekiranya andalah orang yang pertama yang melihat sesuatu situasi yang wajib dibantu, maka jalankanlah tanggungjawab itu. Mungkin tiada orang lain yang berkesempatan membantu.
"MEMBANTU ANJING YANG SEDANG DALAM KESUSAHAN JUGA AMAT DITUNTUT INIKAN PULA SESAMA INSAN"

Tiada ulasan: