Sabtu, 4 Julai 2009

Wat Tan Hor

Resepi Wat Tan Hor ni aku dapat kat myresipi.com. Jangan tanya aku apa, kenapa dan mengapa nama masakan ni pelik sangat. Aku sendiri pun tak tahu.Walaupun namanya agak pelik(mungkin tidak pada anda)tapi resepi ni enak untuk dicuba. Aku dah buat, bila dah siap resepi ni ada ala2 mee kung fu dan ianya sesuai untuk kanak2.Anak aku pun suka.Marilah memasak.


Bahan-bahan Mee
  1. 300g kue teow
  2. 2 ulas bawang putih (diketuk)
  3. 1 sudu kecil kicap pekat
  4. 1 sudu besar kicap manis
  5. 2 sudu besar sos tiram
  6. Sedikit serbuk lada sulah@ lada hitam
  7. Minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan kue teow, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  3. Gaulkan kesemua bahan hingga rata
  4. Masukkan lada sulah@ lada hitam, kacau sehingga rata.
  5. Ketepikan

Bahan-bahan Kuah
  1. 200g isi ayam@ 6 ekor udang
  2. beberapa hirisan daging
  3. 1 biji 'baby corn'
  4. 3 helai sawi
  5. 1 batang karot
  6. 2 ulas bawang putih (diketuk)
  7. 3 hirisan halus halia
  8. Sedikit lada sulah
  9. Sedikit serbuk pati ayam
  10. Air secukupnya
  11. Sebiji telur
  12. Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air(memekatkan kuah)
  13. Garam secukup rasa
  14. Minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan air dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan ayam dan daging.
  3. Kemudian masukkan lada sulah dan serbuk pati ayam
  4. Setelah itu masukkkan udang,sawi, karot dan 'baby corn'. Garam secukup rasa.
  5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung.
  6. Pecahkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Cara untuk Menyediakannya
  1. Masukkan kue teow ke dalam pinggan.
  2. Tuangkan kuah yang telah disediakan keatas kue teow tadi.
  3. Sedia untuk menjamu selera.

"SETIAP REZEKI ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH"

Tiada ulasan: