Selasa, 7 Julai 2009

Daun Pegaga



Pokok pegaga ialah sejenis tumbuhan yang menjalar diatas tanah. Ianya mudah didapati di tempat2 yang lembab.Bersesuaian dengan iklim negara kita pokok pegaga ini amat senang untuk tumbuh dan mudah diperolehi.Pokok pegaga menyimpan seribu macam khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh manusia dari daun hinggalah ke akarnya.



Khasiat daun pegaga
  1. Meningkatkan kecerdasan & keupayaan mental kanak-kanak.
  2. Merehatkan minda & menambahkan daya ingatan.Secara tidak langsung dapat mencegah nyanyuk.
  3. Agen awet muda.Tumbuhan ini dapat melambatkan proses penuaan, mengatasi masalah kulit seperti menghilangkan bintik hitam dimuka.
  4. Ibu yang baru melahirkan boleh mengamalkan ulam pegaga ini untuk membantu proses pengecutan rahim secara semulajadi.Memberi kesegaran kepada si ibu.
  5. Menolong dalam penyingkiran bahan toksid yang ada dalam anggota tubuh manusia.Dengan ini dapat membantu dalam mengurangkan berat badan.
  6. Memberi kesan positif kepada sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Sesuai diamalkan oleh anda yang selalu pitam, mengalami kejang kaki,bengkak kaki dan kebas.
  7. Membantu penyakit kencing manis mengawal penyakit dibetes yang dihadapi. Pucuk pegaga dapat mengurangkan paras gula dalam darah.
  8. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

Cara penggunaan daun pegaga
  1. Sediakan 30 helai pucuk pegaga bersama dengan akarnya kemudian bersihkan. Rebus bersama dengan sukatan 2 cawan air. Setelah mendidih biarkan sejuk secara semulajadi. Minum air tersebut 2 kali sehari. Boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
  2. Boleh dijadikan ulam-ulaman untuk dinikmati semasa makan pagi, tengah hari dan malam.
  3. Boleh dijadikan jus yang dikisar bersama dengan akarnya, sesuai untuk wanita dalam pantang. Seikat daun pegaga dikisar dengan secawan air suam, tapis dan dicampur dengan gula batu.Kemudian minum airnya.
  4. Hampasnya boleh dijadikan pencuci muka. Sapu ke muka dan berselawat sebanyak 3 kali. InsyaAllah dapat menghilangkan bintik hitam di muka.

Tiada ulasan: