Khamis, 9 Julai 2009

Mee Kari Istimewa

Kepada sesiapa yang ketandusan idea untuk memasak resepi apa bagi santapan seisi keluarga bolehlah mencuba resepi mee kari ini.



Mee Kari Istimewa


Bahan-bahan Kuah & Mee Kuning
  1. Mee kuning 500g (dicelur & ditoskan airnya)- ketepikan
  2. 2 biji kentang, 2 batang karot(dipotong kecil)
  3. 2 batang 'fish cake', 5 biji 'fish ball'(dipotong kecil)
  4. 150g isi kerang(direbus & ambil air rebusan kerang)
  5. 200g isi ayam
  6. 2 ulas bawang putih, 1/2 biji bawang besar,1/2 inchi halia(dihiris halus)
  7. 3 tangkai daun kari, 4 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan air)
  8. 150 ml santan pekat, air rebusan kerang
  9. Minyak untuk menumis, air secukupnya
  10. 2 keping asam( ikut citarasa sendiri), gula dan garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, setelah minyak panas tumiskan bawang besar,bawang putih, halia & daun kari hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Biarkan rempah garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam. Kacau beberapa minit supaya ayam kecut sedikit.
  4. Setelah itu masukkan santan, air rebusan kerang dan asam keping diikuti dengan karot dan kentang.
  5. Beberapa minit kemudian boleh masukkan kerang, 'fish cake' & 'fish ball'.
  6. Tambahkan air sehingga semua bahan hapus sedikit.
  7. Biarkan masakan mendidih.
  8. Kemudian masukkan sedikit gula dan garam sesedap rasa. Ikut citarasa masing2.

Bahan-bahan Sayur-sayuran & Hiasan
  1. 150g taugeh & 3 pokok sawi(dicelur)
  2. 2 pokok daun sup, 2 pokok daun bawang
  3. 3 biji limau kasturi( belah 2), 6 biji cili padi(hiris halus)
  4. Bawang goreng.

Cara penyediaannya
  1. Ambil mee anggaran untuk seorang makan dan letakkan kedalam mangkuk.
  2. Kemudian letakkan sedikit taugeh dan sawi yang telah dicelur tadi.
  3. Setelah itu tuangkan kuah kari yang telah dimasak sebentar tadi.
  4. Hiaskan dengan sedikit daun sup, daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
  5. Letakkan belahan limau kasturi di bahagian atas.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

"BERSYUKUR DENGAN SETIAP REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN"

Tiada ulasan: