Jumaat, 17 Julai 2009

Doa insan yang tidak dimakbulkan.

Sebagai hamba Allah SWT kita hendaklah sentiasa memohon ampun dan maaf daripadanya. Kita adalah khalifahnya yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan. Maka kita mestilah sentiasa merendah diri kepadaNYA dan mengharapkan keredhaan dan pertolongan daripadaNYA.

Kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNYA supaya perjalanan hidup kita di dunia ini selamat dan berkekalan hingga ke akhirat kelak. Namun begitu mesti ada diantara kita yang tertanya-tanya mengapa Allah masih tidak memperkenankan doa yang dipohon.

Antara perkara2 yang menyebabkan doa seseorang itu tidak diterima oleh Allah ialah:-
  1. Mengaku mengenal dan beriman kepada Allah tetapi tidak mematuhi perintah dan laranganNYA.
  2. Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
  3. Mengaku mencintai Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.
  4. Mengakui syaitan adalah musuh yang patut dijauhi tetapi masih mengikuti dan melakukan amalan-amalannya.
  5. Mahu masuk syurga tetapi tidak melakukan amalan yang membawa kepada syurga.
  6. Mahu selamat daripada seksaan api neraka tetapi amalan yang menjurus ke arahnya masih dilakukan.
  7. Percaya bahawa kematian itu pasti akan berlaku tetapi tidak menyediakan persiapan untuk menghadapinya.
  8. Mencari kelemahan dan kecacatan orang lain tetapi tidak mahu mengakui dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri.
  9. Merasa nikmat pemberian dari Allah tetapi tidak pernah mahu tunduk dan besyukur kepadaNYA.
  10. Mengurus dan mengkebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripdanya.
"CARILAH KEREDHAAN ALLAH SELAGI NYAWA MASIH DI BADAN"

Tiada ulasan: