Ahad, 19 Julai 2009

Petua awet muda

Semua orang nak sentiasa nampak cantik dan muda. Malah menjadi satu kebanggaan kalau umur dah banyak bilangannya tapi masih kelihatan seperti umur 20an. Ni aku nak kongsi petua awet muda walaupun aku tak mengamalkannya lagi...hahaha. Hanya ingin berkongsi maklumat.

Petua mudah untuk kelihatan muda:-
  1. Jangan minum ais. Kalau boleh tu elakkanlah, tapi kalau sesekali tu bolehlah dimaafkan. Jangan jadikan amalan setiap kali makan nak minum ais.Kembang tali usus WEHHHH!!!!.
  2. Jangan minum semasa makan dan sebaik sahaja selesai makan. Tunggu lebih kurang setengah jam atau lebih. Bagus bagi 'maintain' perut supaya tidak BUNCIT..Nanti orang kata mangandung sepanjang tahun tapi baby tak muncul-muncul jua...hahaha.
  3. Jangan tidur beralaskan bantal di kepala. Alasan yang kukuh aku tak tahu kenapa. Mungkin para doktor boleh memberikan penjelasan secara saintifik kot. Makanya kepada sesiapa yang dah berumahtangga tu bolehlah menggantikan bantal dengan lena di atas lengan atau pun 'chest' hubby masing2.
  4. Jangan makan 'fruits' sebaik selesai makan. Lagipun amalan ni tak betul. Sepatutnya "fruits' diambil sebelum atau 'an hour after your meals'. Nanti aku cari 'explanation' untuk nie.
Oklah ni sahaja petua untuk kali ini. Nanti aku bagi lagi petua yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama.

"WANITA SOLEHAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI DUNIA YG FANA INI"

Tiada ulasan: