Rabu, 1 Julai 2009

Mee Sup Bertumis (resepi Ayahanda)

Semasa aku pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu Bonda(Hajjah Asmah binti Hj Lope) telah menyediakan satu resepi yang diberi nama Mee Sup Bertumis.Mak kata resepi ni Ayahanda(Hj Salleh bin Hj Hashim) yang ajar.Aku nak berkongsi resepi dengan anda semua.Tapi aku ada buat sedikit pengubahsuaian pada resepi mee ni.Selamat mencuba.


Bahan-bahan Sup
  1. 300g ayam@ daging@ tulang lembu(dipotong kecil)
  2. 1 sup bunjut
  3. Setengah labu bawang besar(dihiris nipis)
  4. 1 inchi halia(diketuk)
  5. 5 ulas bawang putih(diketuk)
  6. 3 batang karot(dipotong kecil)
  7. 3 biji kentang(dipotong kecil)
  8. Sedikit daun sup(dihiris halus)
  9. Sedikit daun bawang(dihiris halus)
  10. Air secukupnya
  11. Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama dengan sup bunjut, bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Tambahkan air hingga semua bahan2 diatas tenggelam sedikit.
  3. Rebus sehingga ayam setengah masak.
  4. Kemudian masukkan karot.
  5. Setelah karot sedikit lembut masukkan kentang.
  6. Rebus sehingga kentang separuh lembut.
  7. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan biarkan semua bahan masak dan lembut.
  8. Kemudian tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang.

Bahan-bahan Mee
  1. 250g mee kuning
  2. 2 pokok sawi(dipotong)
  3. Sedikit taugeh
  4. 3 ulas bawang putih(diketuk)
  5. 1/2 inchi halia(diketuk)
  6. Minyak untuk menumis
  7. Sedikit sup yang disediakan tadi
  8. 10 biji cili kering(dikisar)
  9. Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan halia.
  2. Apabila naik bau masukkan cili kering, tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan batang sawi diikuti dengan daunnya dan taugeh.
  4. Setelah sedikit layu masukkan mee kuning dan sedikit sup tadi untuk melembutkan mee.
  5. Kacau sebentar dan masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  6. Kacau hingga mee sedikit lembut, sedia untuk dihidangkan.

Cara untuk menyediakannya
  1. Masukkan mee yang telah ditumis tadi ke dalam mangkuk.
  2. Cedokkan sup berserta dengan bahan2 yang telah dimasak tadi.
  3. Untuk nampak lebih menyelerakan bolehlah ditaburkan dengan daun sup,daun bawang, hirisan cili dan sedikit bawang goreng.
  4. Sedia untuk dimakan. Semoga apa yang kita jamah mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

"MULAKAN DENGAN BISMILLAH & AKHIRI DENGAN UCAPAN ALHAMDULILLAH"

Tiada ulasan: