Ahad, 28 Jun 2009

Manis-manisan

Pada hari Jumaat, 26June2009 yang lalu aku mengikuti rancangan Al-Kuliyyah dibawah tajuk "Adab Belajar". Fakta yang nak aku kongsikan disini ialah menurut Ustaz Wan Sohor Bani Leman makan benda2 manis dapat merangsang minda. Secara 'physcology' manis-manisan dapat menerbitkan suasana yang ceria dan gembira pada yang memakannya.

Oleh itu kepada anak2 dan adik2 yang bakal menduduki ujian atau peperiksaan ikutilah nasihat yang diberikan oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah, makanlah gula2 manis (manisan yang mudah didapati dimana2) sebelum memasuki dewan peperiksaan. Ia akan memberi ketenangan dalam diri, INSYAALAH. Apabila hati tenang maka mudah untuk mengingati apa yang dipelajari dan dibaca sebelum itu.Maka secara tidak langsung INSYAALLAH semua soalan dapat dijawab dengan baik.

"TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA, DOA & TAWAKKAL"

Tiada ulasan: