Isnin, 13 Julai 2009

Niat Membatalkan Sembahyang

Sembahyang adalah ibadat yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim.Ini kerana kesempurnaan solat akan mencerminkan akhlak,peribadi dan tingkahlaku seseorang sama ada baik ataupun buruk.Tahukah adik2 dan sesiapa sahaja di luar sana sembahyang boleh terbatal dan wajib diulang semula hanya disebabkan oleh niat.

Contohnya,ketika sedang bersembahyang tiba2 kita tedengar bunyi guruh dilangit. Secara spontan terdetik di dalam hati,"Kalau hujan turun, aku kena berhenti sembahyang sebab nak angkat kain di ampaian".

Pada ketika itu juga sebenarnya sembahyang tersebut sudah pun terbatal.Sembahyang tersebut mestilah diulang semula.Begitulah besarnya peranan niat di dalam ibadah dan kehidupan kita seharian.

"SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH"

Tiada ulasan: