Sabtu, 11 Julai 2009

Daun kari

Pokok kari berasal daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae.Ia merupakan sejenis tumbuhan renek yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Apabila mencapai usia matang pokok kari akan mengeluarkan bunga berwarna putih dan menghasilkan buah kecil berwarna hijau.Buah ini akan bertukar warna kepada gelap apabila telah masak. Pada peringkat ini buah kari dapat digunakan sebagai agen benih untuk membiakkan pokok kari. Hanya taburkan biji2 yang ada di dalamnya diatas tanah yang lembab.Selain dari biji benih ia juga dapat dibiakkan dengan cara pemindahan anak yang tumbuh di bawah pokok induknya.Seperti yang diketahui umum tumbuhan ini biasanya digunakan sebagai penambah haruman di dalam masakan terutamanya masakan gulai kari.

Kandungan daun kari

  • 66.3% kelembapan
  • 6.1% protein
  • 1% lemak
  • 16%karbohidrat
  • 6.4%fiber, mineral dan vitamin( kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik, vitamin C)
  • volitile oil dan sejenis gkukosid yang dipanggil koenigiin


Khasiat pokok kari
  1. Dapat membantu mengurangkan bacaan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes dan dapat mencegah diri dari menghidap kencing manis akibat keturunan dan kegemukan.
  2. Membantu menguatkan perut, meningkatkan keupayaan badan dan mengatasi masalah penghadaman.
  3. Dapat menyembuhkan cirit birit dan berak berdarah @ buasir.
  4. Mengatasi masalah pening dan loya bagi ibu2 yang hamil dan akibat pengambilan makanan berlemak yang terlalu banyak.
  5. Daun kari dapat mencegah @ melambatkan uban di kepala.
  6. Baik untuk melancarkan peredaran darah.
  7. Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
  8. Daun kari yang ditumbuk halus boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan menampalkannya pada bahagian yang berkenaan.

Cara penggunaan pokok kari
  1. Ulam-ulaman. Amalkan makan 10 helai daun kari selama 3 bulan berturut-turut bagi mencegah penyakit diabetes.
  2. Air rebusan kulit batang yang kering dapat digunakan oleh pesakit diabetes.
  3. Kisar daunnya untuk dijadikan jus, kemudian campurkan dengan jus limau untuk atasi pening dan loya.
  4. Jus daun kari yang diicampur madu dapat mengatasi cirit-birit dan sembelit.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tima kaseh... info ni byk bantu sy buat projek 'Jus Campuran Murraya"