Khamis, 23 Julai 2009

Penjagaan kesihatan diri


Tips mudah yang mesti diamalkan untuk kekal sihat sepanjang hayat:-
  1. Aktiviti fizikal- sebarang bentuk pergerakan yang melajukan pernafasan dan menggunakan sedikit tenaga. Kebiasaannya hanya mereka yang sakit, koma atau enam kaki di bawah tanah sahaja yag tidak bergerak dalam sehari.
  2. Kawal 'stress' @ tekanan- terutama tekanan yang tidak dapat dihadapi. Hidup sentiasa ada tekanan, tetapi sebagai manusia berakal kita perlu mencari ikhtiar mengawalnya dengan cara tersendiri.
  3. Serat- seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Selain mengekalkan lembapan dan melancarkan pergerakan usus, serat juga membuat kita lebih cepat kenyang, seterusnya mengelakkan tabiat makan berlebihan. Serat mesti dimakan sebelum menjamah makanan berat yag lain.
  4. Kurangkan daging merah & berlemak- Banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan.Protein dari daging paling banyak diperlukan ketika membesar, maka perlu dikurangkan selepas pembesaran terhenti (selepas umur 21 tahun).
  5. Air- minum air secukupnya ini kerana lebih 60%badan manusia terbina daripada air. Banyak penyakit yang dikaji turut menunjukkan kaitan dengan kekurangan air dalam badan atau pengambilan sumber air yang tercemar dengan kuman atau toksin.
  6. Pilih makanan- bukan semua makanan yang sedap mengandungi pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Terdapat banyak pilihan rempah ratus semulajadi yang mewakili keseimbangan bahan dan perasa. Ini kerana bahan makanan yang berlemak, berkafein, beralkohol, kandungan garam dan gula berlebihan akan menjejaskan kesihatan.
  7. Elakkan rokok- struktur badan manusia akan terjejas akibat asap dan kandungan rokok. Rokok hanya membawa keburukan dan tida sebarang kebaikan. Maka jauhilah rokok.

Tiada ulasan: