Ahad, 26 Julai 2009

Emmmmm......Sedapnya buah!!!!!

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah senjata semulajadi kurniaan Allah yang amat berpotensi untuk menentang penyakit dan penuaan.Daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema hingga penyakit maut seperti kanser, kedua-dua sumber semulajadi ini mampu menentangnya dari peringkat sel.

Penyakit dan penuaan bermula dengan kerosakan kecil sel yang lama-kelamaan berkumpul sejajar peningkatan usia dan akhirnya menjadi penyakit yang melarat. Oleh yang demikianlah kita mesti melindunginya dari peringkat asas.

Biarpun dalam kuantiti yang kecil dalam setiap diet harian, ia mampu memberi kebaikan dalam mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Kebaikan buah-buahan:-
  1. Mengandungi banyak air seperti mana tubuh badan manusia dan berupaya menentang dehidrasi.
  2. 100% bebas kolesterol.
  3. Mengandungi kandungan vitamin, mineral, fitonutrien dan fiber yang tinggi.
  4. Menggalakkan dan menguatkan ingatan dan memperbaiki fungsi otak.
  5. Suplemen semulajadi untuk mengekalkan kesihatan.

Buah-buahan boleh dinikmati secara mentah atau dijadikan jus untuk menarik perhatian terutamanya bagi kanak-kanak. Antara buah yang boleh dijadikan jus ialah lemon, strawberry dan oren.

Lemon mengandungi bahan yang mampu meningkatkan tahap kesihatan. Seperti kebanyakan buah sitrus yang lain lemon kaya dengan vitamin C, yang membantu meningkatkan sistem imun dan amat penting untuk kesihatan kulit serta gusi.

Strawberry juga kaya dengan vitamin C. Buah ini juga kaya dengan fiber untuk kesihatan jantung dan sistem pencernaan.

Mulai hari ini ubahlah cara pemakanan anda untuk kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

"KEKAL SIHAT SEPANJANG HAYAT"

Tiada ulasan: