Jumaat, 7 Ogos 2009

Kematian

Mati ialah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia. Malah ia merupakan satu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap apa yang dinamakan makhluk, maka tidak akan terlepas daripadanya dari menghadapi kematian.

Maksud Firman Allah SWT:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat." [Surah Ali Imran ayat 185]

Kematian akan mengejar kita walau dimana sahaja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah SWT:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepatkan walau sesaat pun." [Surah Al-A'raf ayat 34]

"Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau khayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari dimana saja roh berada." [Surah An-Nahl ayat 61]

"Di mana sahaja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." [Surah An- Nisaa' ayat 78]

Tujuan aku menulis artikel ini bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar untuk memperingati diri sendiri dan sesiapa yang sudi menghayatinya bersama-sama. Tiada satu apa pun yang akan kekal selamanya di muka bumi ini. Setiap yang baharu itu akan berubah-ubah bentuk fizikalnya, dari kecil menjadi dewasa, dari muda menjadi tua, dari kuat menjadi lemah dan banyak lagi perubahan yang akan berlaku dalam diri, serta akhirnya akan kembali kepada yang Maha Pencipta. Menempuh alam akhirat yang kekal untuk selama-lamanya. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi ajal sendiri???? RENUNGKANLAH bersama-sama.

Tiada ulasan: